Saturday, July 14, 2007

Wahai kaum sejenisku...

Panduan untuk isteri

Perempuan adalah sebahagian dari lelaki kerana ia dicipta dari tulang rusuk lelaki sebelah kiri. Ia dikurniakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Kelemahan perempuan kerana lebih menurut naluri dari menggunakan akalnya. Lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu. Kelemahan lelaki adalah kerana mudah terpedaya dengan godaan perempuan. Kenapa lelaki ada 9 akal masih tewas bila digoda oleh perempuan? Sebab perempuan merupakan penggoda profesional!!!.

Lihat fakta sejarah daripada Al-Qur’an atau di sekeliling kita. Iblis tak dapat menggoda Nabi Adam a.s. supaya makan buah larangan. Tapi bila Siti Hawa memujuk nabi Adam, baru Nabi Adam a.s. mahu makan buah itu. Anak Nabi Adam bergaduh kerana berebut perempuan. Nabi Yahya a.s. dibunuh kerana fitnah perempuan. Hang Tuah dan Hang Jebat bergaduh kerana perempuan. Ramai lelaki pergi ke dangdut kerana tarikan perempuan GRO. Orang lelaki tambah cawangan lagi satu kerana godaan perempuan. Banyak duit lelaki habis kerana perempuan. Lelaki pergi ke siam kerana perempuan. Lumba motor kerana perempuan. Eksiden pun kerana perempuan...DUHAI ORANG PEREMPUAN.

Peliharalah dirimu dari imej penggoda. Jadilah 1. Wanita berwawasan.2. Bersopan-santun pakaian dan tingkah lakumu.3. Ingatlah bahawa tangan yang mengoncang buaian bukan saja dapat mengoncang dunia, malah mengoncang iman lelaki.4. Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara. Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hambaNya itu berpasang-pasangan.

Lelaki & wanita yang saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kpd sebahagian yg lain.Kemuliaan manusia hanyalah dalam agama …. sejauh mana mereka dapat menta’ati perintah Allah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada wanita dengan berbagai kelebihan. Syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Abu Nuaim)

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka & dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."

Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.wa bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepad Allah selama haidnya."WANITA YANG MULIA DALAM PANDANGAN ALLAH.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya."Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w. ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang dijalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya : "Wahai isteriku ...janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali."Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia taati suaminya."

Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya & tidak berani keluar rumahnya.Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat kedalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami merek...dan bila melihat kedalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....

KELEBIHAN WANITA

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, di ampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya & Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita.

Katanya:
1. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.

2. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.

3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.

4. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yg soleh.

5. Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.

6. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali dari wajah asal.

7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiqamah.


PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman : "Hiduplah dengan apa yang kau suka."

2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

3. Perempuan yang memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yang jahat.Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepad kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama keran merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti dibarat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kepada manusia...

KEMULIAAN ISTERI DALAM ISLAM


1. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih & isteri layan dengan baik maka dia memperolehi pahala jihad.


2. Wanita yang menyebabkan suami keluar ke jalan Allah & menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat & bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan didalam syurga & menunggang suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari permata yaqut.


3. Wanita yang menjaga solat, puasa & taat pada suaminya, Allah izinkan dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.


4. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dia dapat pahala 12 tahun solat.


5. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas & wanita yang picit suami bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.


6. Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.


7. Jika suami mengajar isterinya satu masaalah agama akan dapat pahala 80 tahun ibadat.


8. Isteri yang lihat suami dengan kasih-sayang & suami yang lihat isteri dengan kasih-sayang maka Allah pandang dengan penuh rahmat.


9. Jika suami datang dengan kemarahan tetapi isteri layan dengan baik dapat separuh pahala jihad


KEMULIAAN IBU DALAM ISLAM


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.


3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.


4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.


5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.


7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

WANITA YANG DIMURKAI OLEH ALLAH.

Sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut.

Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat.Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa
Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa?

Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita.

Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda.Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis.

Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.


2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.


3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.


4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.


5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.


6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.


7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.


8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.


9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.


2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.


3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.


4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.


5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.


6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.


7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.


8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.


9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.


10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu.


Diantara sifat buruk mereka:


1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.


2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Dah tau pun tak ada rasa apa-apa.


kasih4u

Tuesday, July 10, 2007

Harapan kasih..


Sayang kasih,
berpuput dingin bayu,
merintih aku menangis,
meratap aku mengharap,
meminta di hidupkan semula.
agar dapat ku kembali
ke dunia nyata....

Menitis airmataku,
sayu pilu menusuk dada,
hari ini menziarahinya,
esok ku mendapat berita,
sayang dia sudah tiada,
bilakah detikku pula tiba.
menanti di barzakh...

Sayang kasih,
hidup ini umpama roda,
ku ingin selalu di atas,
ku ingin selalu waras
ku ingin hantarmu mutiara kasih,
yang bermakna buat semua.
agar ruhku tenang selamanya.

amin yarabbal alamin.
.......................................................

Kembali Oh Kembali,Kembalilah Kedalam Diri,Sendirian Sendiri,Sendiri Bertemankan Sepi,Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,Terbujur Dan Kaku,Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu.

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,Tiada Siapa Yang Terkecuali,Lemah Jemari Nafas Terhenti,Tidak Tergambar Sakitnya Mati,Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi.

hanya ku cari redhaMU ya Allah...bantulah aku untuk menyintaiMu dan mati dalam agamaMu..amin.


Sunday, July 8, 2007

Bicara pendeta dengan pemuda islam yang bertakwa...

KISAH BENAR PEMUDA ARAB BELAJAR DI USA
Posted by: "abbas" abbas aliah_ain Sat Sep 23, 2006 3:16 pm (PST)
Subject: Kisah Benar Pemuda Arab Belajar di Amerika

Asallammualaikum wbt,Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampong tersebut.

Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.

Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya.

Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya.

Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!Sang pendeta pun mulai bertanya,
~~"Sebutkan satu yang tiada duanya,
~~dua yang tiada tiganya,

~~tiga yang tiada empatnya,

~~empat yang tiada limanya,

~~ lima yang tiada enamnya,

~~enam yang tiada tujuhnya,

~~ tujuh yang tiada delapannya,

~~delapan yang tiada sembilannya,
~~ sembilan yang tiada sepuluhnya,
~~sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
~~ sebelas yang tiada dua belasnya,

~~dua belas yang tiada tiga belasnya,
~~tiga belas yang tiada empat belasnya.
~~Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
~~Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
~~ Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
~~ Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
~~Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
~~ Siapakah yang tercipta dari api,
~~siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
~~Siapakah yang tercipta dari batu,

~~siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
~~Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
~~ Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting,
~~setiap ranting mempunyai 30 daun,
~~setiap daun mempunyai 5 buah,
~~3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepadaAllah. Setelah membaca bismalah ia berkata,

**Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
** Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
**Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
**Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
**Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

**Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
**Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
**Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

**Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
**Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

**Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

**Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

**Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

**Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

**Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

**Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

**Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).

**Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

**Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis,
**yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

**Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua). **Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
**Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja.

Permintaan ini disetujui oleh pendeta. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"Mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.

subhanalllah...alhamdulillah...dan masyaallah.!!!

kasih4u

...............................................
kisah ini di kutip dari laman ini:http://ainolmardiah.blogspot.com/ terima kasih kepada cik empunya blog ini..kerana menghadiahkan infos yang bermakna...Semoga anda di rahmati Allah selalu..amin

Friday, July 6, 2007

Salam kasih buat kekasih..


JANGAN MENGELUH .......... Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 __________________________________________________________________
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216 _____________________________________________________________________________ KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286 ______________________________________________________________________________ KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 _____________________________________________________________________ KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." _______________________________________________________________________ KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45 ________________________________________________________________________ KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111 __________________________________________________________________________ KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129 _____________________________________________________________________________ KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB : "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

kasih4u

Di bawah ini di nyatakan cara-cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri kita dari perbuatan jahat tukang sihir @ pengamal ilmu hitam..

Di bawah ini di nyatakan cara-cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri kita dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa kita.Ia boleh menyerang kita. Haruslah kita ketahui cara memagari diri kita dari sihir dan gangguan syaitan.Selayaknya bagi kita sebagai penuntut agama supaya senantiasa bersiap sedia dan mempunyai bekalan yang cukup dan bersedia andaikata berlakunya gangguan baik kepada diri kita mahupun orang lain.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya kita tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".


(Riwayat al Bukhari.)



Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya:

"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'

(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)


Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya:

''Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya."

(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).


Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:

Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"

(Riwayat al Bukhari dan Muslim).



Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:

"Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".

( Riwayat al Bukhari dan Muslim)


Maksudnya adalah perlunya kita berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.


Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."

(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).



Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:

"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Sekian saja untuk kali ini..insyaAllah akan ana ketengahkan lagi adab-adab dan cara bagi menangkis gangguan makhluk ini.Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan dan pertolongan.amin..

InsyaAllah akan ana sertakan jua di keluaran yang lain hal-hal kejadian yang berlaku sepanjang ana berada di bumi Mesir..insyaAllah....

kasih4u
......................................................
ku kutip karya ni dari blog ini..http://www.permatasufi.blogspot.com/ ya..semoga tuan blog ini mengizinkan saya letak di sini...semoga Allah melindungi kita dari sebarang gangguan samada dari kalangan manusia..jin..syaitan dan iblis laknat Allah... peliharalah kami ya Allah..sesungguhnya Allah yang berkuasa terhadap sesuatu dan maha melindungi hamba3Mu. amin.

PESANAN KASIH

=====================================================================================
~"Kita x perlu mencari mencari seorang manusia yg SEMPURNA utk menjadi TEMAN SEJATI, cukuplah mempunyai Seorg TEMAN yg menjadikan kita SEMPURNA apabila BERSAMANYA.. ..

~Terima lah dia seadanya...apa yg diharapkan kesempurnaan si dia andai kita tidak sesempurna mana....jadi lah pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain....

:K@SIH S@Y@NG ITU T@ND@ KEKU@S@@N ALLAH:

=============================================
Jangan bersedih sebab Allah senantiasa membela anda,
para malaikat selalu memintakan ampunan untuk anda,
orang-orang mukminin bersatu mendoakan diri anda setiap usai shalat,
Nabi Muhammada akan memberikan syafaat,
dan dalam Al Qur'an memberikan janji yang baik.
Namun di atas segalanya,ada kasih sayang Allah Yang Maha Pengasih.

Jangan bersedih,
Sebagaimana Rasulullah bersabda,
"Sungguh unik perkara orang mukmin itu! Semua perkaranya adalah baik.
Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi sebuah kebaikan baginya.
Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itu juga menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin."
syukurlah kerana anda seorang mukmin yang bertakwa..